Hi! Welcome Back and Stay Tune! Set Tidak Rasmi Nokia 6 Dengan Cip Snapdragon 430 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Mencapai RM1899 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Set Tidak Rasmi Nokia 6 Dengan Cip Snapdragon 430 Hadir Ke Malaysia Pada Harga Mencapai RM1899

HMD Global sebelum ini telah pun mendapatkan hak penggunaan jenama Nokia pada peranti mudah-alih keluaran mereka, dan pada tahun ini telah hadir dengan Nokia 6 – telefon pintar Android pertama daripada HMD Global. Nokia 6 ketika pengenalan telah diumumkan yang mana ia terhad untuk pasaran China sahaja, dan masih tiada perancangan untuk pasaran global.

Nokia 6

Kini, seperti kebanyakkan peranti lain, beberapa pengedar telah mula membawa masuk telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia. SatuGadget dilihat salah satu daripadanya, dan telah menyenaraikan pra-tempahan peranti Nokia 6 pada harga RM1899.

Bagi anda yang terlupa, Nokia 6 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip Snapdragon 430, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB, kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, dan dilengkapi Android 7.0 Nougat.

Harga rasmi untuk pasaran China adalah sekitar RM1100. Biasanya, set tidak rasmi ini hadir dengan harga yang lebih tinggi kerana kos import, selain jaminan yang perlu ditanggung oleh pekedai berkenaan.

Bagi anda yang inginkan peranti Nokia selain Nokia 6 ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh HMD Global pada MWC 2017 pada penghujung bulan Februari ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k99J53

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.