Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantu Cari Dana Pesakit Kanser - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantu Cari Dana Pesakit Kanser

Ahli kumpulan silih berganti, namun nama UNIC terus terpahat di persada seni hiburan tanah air.

Generasi pertama UNIC bermula dengan perjuangan Mohamad Fitri Mohamad Haris (Fitri), Bazli Hazwan Che Osman (Bazli), Wan Sharifuddin Wan Hassan (Wan Shah) dan Mohd Afendi Jahri (Apen) pada 2002.

Selepas itu, berlaku pertukaran dan pengunduran anggotanya bermula dari 2003 hingga 2015.

Bekas anggota lain bagi kumpulan tersebut ialah Mohammad Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun), Ahmad Fadzli Abd Aziz (Fadzli) dan Syed Mohd Azlan Syed Amirruddin (Alan).

Kini, UNIC dibarisi Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin (Fakhrul), Wan Najdi Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi) dan Bazli yang tetap setia bersama kumpulan itu.

Biarpun kerap bertukar ahli, tiada istilah ‘bermusuh’ atau bergaduh bahkan kumpulan itu masih berhubung antara satu sama lain.

Rentetan itu, sebuah konsert reunion, ReUNIC sempena ulang tahun ke-15 UNIC pada 23 April ini.

Menurut Bazli, konsert khas anjuran UNICDotMy PRO dan Arteffects International itu, diadakan khas untuk peminat setia UNIC.

Pada masa sama, konsert ReUNIC juga bertujuan mengumpul dana RM50,000 bagi membantu pesakit kanser di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Hafiz Hamidun, rasa sayu melihat penderitaan anak Bazli iaitu Muhammad Syahid yang menghidap kanser lymphoma membuatkan mereka terpanggil untuk berbuat demikian.

“Syahid baru berusia empat tahun dan perlu jalani rawatan kimoterapi. Dia pula kanak-kanak autisme. Sayu melihat keadaannya.

“Bazli adalah ayah yang sangat kuat dan tabah, dia sentiasa berada di sisi Syahid tanpa kira masa. Paling tidak pun, usaha ini dapat membantu serba sedikit kos perubatannya.

“Bila saya melawat Syahid di hospital, ada juga kanak-kanak lain senasib dengannya. Apabila melihat wajah ibu bapa yang menjaga anak mereka di wad itu, sayu hati jadinya.

“Jadi, dana ini akan disumbangkan kepada Wad Pediatrik HKL untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser,” katanya.

Selain itu, kata Hafiz, konsert reunion itu bakal dibahagikan kepada beberapa segmen seperti solo, ceramah motivasi serta nyanyian lagu-lagu popular UNIC.

The post Bantu Cari Dana Pesakit Kanser appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2poUMQb

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.