Pengantin Baru Dilaporkan Hilang
Pengantin Baru Dilaporkan Hilang|Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Bukit Gading, dekat sini, yang baharu sebulan berkahwin dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke rumah sejak 2 April lalu.
Nur Asyikin Sanusee yang tinggal bersama suami di rumah mentuanya di Kampung Batu Gajah dikatakan keluar dari rumah itu dengan berbasikal pada kira-kira jam 9 pagi, hari tersebut.
Ibu Nur Asyikin, Rohani Mat Ghani, 54, berkata, selepas keluar dengan berbasikal, anaknya itu kali terakhir dilihat duduk di sebuah wakaf di tepi jalan utama Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli.
“Suami dia tidak ada di rumah waktu itu kerana kerja pengawal keselamatan di hospital dan anak saya tidak beritahu mentuanya ke mana dia hendak nak pergi.
“Sejak hari itu sampai hari ini saya cuba hubungi telefon bimbitnya tetapi gagal sebab dia matikan telefon,” katanya, hari ini.
Rohani berkata, setelah usaha awal mengesan Nur Asyikin gagal, laporan mengenai kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Tanah Merah sehari selepas kejadian.
“Saya sekeluarga sudah puas mencari merata tempat tetapi gagal. Kalau dapat tahu dia di mana pun sudah cukup,” katanya yang mengalami tekanan perasaan setiap kali mengingatkan anaknya itu.
Orang ramai yang melihat atau mengetahui maklumat mengenai Nur Asyikin boleh menghubungi Rohani di talian 013-9394781 atau balai polis berdekatan.
The post Pengantin Baru Dilaporkan Hilang appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2plXSHt✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment