Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zizan dan Mira Filzah Hangat Bercinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zizan dan Mira Filzah Hangat Bercinta

Zizan dan Mira Filzah Hangat Bercinta|Rasanya bukan lagi rahsia yang pelawak popular Zizan Razak bercinta dengan pelakon muda sedang meningkat naik, Mira Filzah.

Cik Pang sendiri pun sudah lama mendengar cerita ini, cuma belum pernah terserempak dengan mereka ‘berdating’ di luar dan mendengar cerita keliling orang industri.

Cuma apabila semua orang mencanangkan yang Zizan dan Mira serius bercinta, kita rasa agak hairan. Sebabnya, setahu kita Zizan sebelum ini ada keluar dengan artis berstatus janda.

Sewaktu dikelilingi teman media bercerita mengenai hubungan Zizan dengan Mira, Cik Pang sempat merisik sejauh mana seriusnya hubungan cinta dua artis dikenali ramai ini.

Kata mereka, sebelum ini memang Zizan dan Mira berkawan tetapi tidak sampai bercinta kerana pada waktu sama dramatis jelita itu berkawan rapat dengan pelakon yang kini menjadi sebutan ramai, Fattah Amin.

Selepas hubungan mereka tergantung, Zizan kembali hadir dalam hidup Mira. Pada awalnya, mereka mahu menyambung persahabatan yang terputus sebelum ini tetapi sepanjang tempoh itu timbul pula perasaan cinta.

Kata teman media lagi, jika tidak silap mereka hubungan Zizan dan Mira dikatakan bertambah serius bermula awal tahun ini.

Oh, begitu rupanya tapi masalahnya kalau benarlah mereka berdua bercinta mengapa Zizan masih keluar dengan artis berstatus janda.

Bukan setakat keluar saja, dia juga cuba menagih kasih dan sayang daripadanya dan sudah tentu perkara itu membuatkan Cik Pang terkejut.

Cerita Zizan dikaitkan dengan artis mahupun selebriti berstatus janda itu bukanlah perkara baru, cuma jodoh antara mereka tidak ada.

Bagaimanapun, mendengar cerita orang keliling dan menilai situasi Zizan dengan Mira dan waktu sama turut keluar dengan artis berstatus janda terbabit, memang payahlah jodoh nak lekat.

Khabarnya juga cerita daripada teman, ibu Zizan berkenan sangat dengan Mira dan sebelum ini ada kawan Cik Pang bercerita yang ibu Zizan mahukan menantu bertudung. Bertuahlah!

The post Zizan dan Mira Filzah Hangat Bercinta appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oj2HNh

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.