Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nizam Zakaria harap ‘Shh…I Love You’ pikat penonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nizam Zakaria harap ‘Shh…I Love You’ pikat penonton

HANYA sekali pertemuan, Aidan sudah nekad menjaga Nadia. Sejak usia 10 tahun, Nadia bertarung nyawa dengan penyakit miokarditis atau keradangan otot jantung dan tidak dapat menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

Kini, hidupnya diterangi cahaya kebahagiaan apabila Aidan, lelaki idamannya muncul. Adakah kebahagiaan itu kekal apabila rahsia disimpan Aidan terbongkar?

Drama bersiri 28 episod, Shh…I Love You rancak disiarkan menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang.

Diarahkan Nizam Zakaria, drama ini membariskan pelakon popular seperti Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Adeline Tsen dan ramai lagi.

Bercerita mengenai pembikinan drama ini, Nizam berkata, karya terbitan Primeworks Studios menjalani penggambaran selama 80 hari dan selesai pada Rabu lalu.

“Penggambaran melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Cherating dan lapan hari di Seoul, Korea Selatan.

“Cabaran utama penggambaran ini hanya berlaku di Seoul, apabila kami terpaksa shooting dalam musim sejuk dan ada kalanya mencecah -3 darjah Celcius,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya mengenai keistimewaan drama arahannya kali ini, Nizam berpendapat, pemilihan barisan pelakon muda dan fresh menjadi antara tarikan utama drama ini.

“Tidak dinafikan tonggak utama drama ini muka baru, cuma Gambit sahaja yang lama tetapi baru sahaja kembali aktif berlakon.

“Bagaimanapun saya beruntung apabila mendapat barisan pelakon yang ada kemahiran dan mampu menambat hati penonton.

“Macam Gambit, dia akui watak dibawa dalam drama ini tidak pernah dijayakan sebelum ini. Malah sebelum mulakan penggambaran, kami duduk dan cuba cari karakter bersesuaian sehinggalah timbul karakter ini untuknya,” ujarnya.

Sinopsis

Shh… I Love You mengisahkan Nadia Omar (Elvina Mohamed), pesakit keradangan otot jantung yang diberikan nyawa kedua selepas pemindahan jantung.

Selepas 10 tahun, Nadia dipertemukan dengan Aidan (Gambit Saifullah), apabila adik Aidan, Ain (Hani Nazrina Hanizar) ingin menjodohkan mereka.

Aidan terkejut apabila mendengar nama Nur Nadia Omar.

Ini membuatkan Aidan bersetuju untuk berjumpa Nadia. Dia ingin memastikan Nadialah penerima jantung tunangnya, Sumayyah.

Keluarga Nadia pula merancang menjodohkan Nadia dengan Naufal (Hafreez Adam). Konflik bermula apabila rahsia penderma jantung Nadia terbongkar. Bagaimanakah kesudahan drama ini?

The post Nizam Zakaria harap ‘Shh…I Love You’ pikat penonton appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p7ql44

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.