Ezzaty akui rezeki semakin murah
SEJAK mendirikan rumah tangga bersama aktor Azwan Kombos, nama Ezzaty Abdullah semakin dikenali ramai.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun ini tidak pernah menumpang nama suaminya, sebaliknya naik atas usahanya sebagai pelakon.
Akui Ezzaty, selepas berkahwin, dia merasakan rezekinya semakin mencurah dan tawaran berlakon juga banyak.
Namun atas dasar tanggungjawab, dia tidak tamak menerima semua tawaran itu.
“Walaupun Azwan tidak menghalang, namun sebagai isteri, saya tetap meletakkan had dalam menerima tawaran.
“Contoh, dulu saya ada terima dua drama dalam satu masa, tapi kini saya hanya selesaikan satu persatu drama. Malah ada antara tawaran terpaksa saya tolak.
“Sebagai isteri, saya tak mahu mengabaikan tanggungjawab pada suami.
“Bagaimanapun saya tidak kisah jika ada tawaran yang memerlukan saya bekerja pada hujung minggu atau luar daerah kerana faham dengan komitmen sebagai pelakon,” jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran Mak Cun Mart.
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkininya Ezzaty berkata, dia akan tampil menerusi drama terbaru, Mak Cun pada 20 April ini.
Selain itu, filem lakonannya, Antara, yang turut menampilkan Bront Palarae, Aisyah Hasnaa dan Remy Ishak akan ditayangkan tidak lama lagi.
“Sebenarnya Antara adalah filem pertama saya tetapi menjadi filem ketiga lakonan saya yang akan ditayangkan di pawagam.
“Ketika terbabit dalam penggambaran filem tersebut, saya masih baru dan tak banyak pengalaman. Dalam masa yang sama saya perlu bawa watak sebagai seorang isteri dan kemudian hamil.
“Mujur abang Bront dan abang Remy banyak membantu dalam mendalami watak,” ujarnya.
Ezzaty berkata, dia kini masih lagi belajar untuk menjadi pelakon yang baik dan sedia menerima teguran.
“Apabila ada lakonan saya yang meninggalkan kesan, saya rasa lega.
“Contohnya, dalam satu drama, saya merampas Azwan dan bila saya kahwin dengan Azwan, orang kaitkan saya dengan lakonan saya sebelum ini.
“Tak tahulah mereka bergurau atau memang maksudkan tapi saya tetap rasa lucu,” ujarnya.
Ingin cahaya mata
Dalam pada itu, ditanya pengalamannya menjalani kehidupan berumah tangga, Ezzaty berkata, mereka masih lagi dalam proses memahami karakter masing-masing.
“Cita rasa kami selalu berbeza tapi itu menjadikan kami seronok dan semakin mengenali. Kami sering juga bergaduh kerana pemilihan perabot kerana dia suka lain dan saya suka yang lain.
“Begitu juga bila berbincang mengenai nama anak dan kami juga ada senarai nama anak, tapi itu pun sukar juga nak buat pilihan kerana Azwan suka pilih nama yang saya tak berkenan,” ujarnya.
Tambah Ezzaty selepas mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016, dia dan Azwan sama-sama mengimpikan kehadiran cahaya mata, namun rezeki belum berpihak pada mereka.
“Sebelum ini saya pernah sangka mengandung apabila mendapat tanda-tanda awal kehamilan ketika mengerjakan umrah Januari lalu,” katanya yang mengetahui tiada rezekinya untuk menimang cahaya mata selepas pulang dari Makkah.
Bagaimanapun Ezzaty positif dan menganggap mungkin ALLAH SWT memberi peluang dia fokus beribadah ketika di tanah suci.
“Tapi kami masih tak putus asa dan akan terus berdoa,” katanya.
The post Ezzaty akui rezeki semakin murah appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oAifxR✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment