Janda anak dua dicekup berkhalwat dengan suami orang
Sekadar gambar hiasan
Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.
Wanita dua anak berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun.
Dalam serbuan jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa yang menerima maklumat awam melakukan intipan sebelum berjaya mencekup kedua-duanya ketika bersekedudukan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Menurut sumber, lelaki terbabit berasal dari Kedah dan sudah mendirikan rumah tangga, namun isterinya tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di negeri itu.
Baca Juga :
- 10 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Sukakan Janda?
- Suami Datang Sendiri Jemput Isteri Dicekup Khalwat
- Sanggup Tahan Sakit Untuk Perkosa Janda
Lelaki berkenaan pula ditugaskan ke cawangan Kelantan sejak 10 bulan lalu, manakala janda terbabit berasal Kampung Kekabu, Pasir Mas, dan sudah empat tahun bercerai dengan suami terdahulu.
"Janda itu bekerja sebagai jurujual jam di sebuah kompleks membeli belah di Lembah Sireh, di sini, dan menyewa di sekitar tempat kerjanya.
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut mengambil wanita itu dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah sewa lelaki," katanya.
Katanya rumah berkenaan disewa bersama tiga lagi rakan lelaki, namun masing-masing tidak mengetahui kegiatan lelaki berkenaan yang hampir setiap malam membawa pulang wanita tersebut secara bersembunyi.
"Anak-anak wanita itu dijaga mertuanya (ibu bekas suami), manakala yang lelaki belum memiliki anak.
"Mereka sudah berhubungan lebih tiga bulan lalu," katanya. Pejam Kelip
Sumber : SN
✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment