Hi! Welcome Back and Stay Tune! James Gunn percaya keputusannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

James Gunn percaya keputusannya

KEJAYAAN filem Guardians of the Galaxy pada 2014 secara tidak langsung menyuntik semangat, lebih-lebih lagi buat pengarah filem berkenaan, James Gunn untuk meneruskan sekuelnya.

Masih diarahkan oleh Gunn dan diterbitkan Kevin Feige, Guardians of the Galaxy Vol. 2 turut menyaksikan Gunn menulis sendiri skrip filem ini. berbanding bersama Nicole Perlman dalam filem pertama.

Sekuel filem yang masih mengekalkan pelakon utamanya seperti Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, ini ternyata dinantikan apabila teasernya berjaya memecah rekod baru sekali gus mencipta sejarah bagi Studio Marvel.

Teaser Guardians of the Galaxy Vol. 2 yang menyaksikan aksi dan perwatakan baru yang lebih bertenaga dan ‘hidup’ ditambah pula gelagat lucu Baby Groot.

Menurut portal The Hollywood Reporter, hanya dalam masa 24 jam ditayangkan, teaser itu telah ditonton sebanyak 81 juta kali dan mengatasi jumlah tontonan trailer Captain America: Civil War.

 Gunn berkata, proses produksi memakan masa 10 bulan termasuk pre-produksi dan penggambaran. Bermula Februari tahun lalu, mereka menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencari dan menyiapkan prop.

“Kami membuat persiapan yang cukup teliti sebelum penggambaran bermula termasuk mendapatkan beberapa barang di eBay.

“Ada beberapa perubahan dan mungkin tidak sama seperti komik.Bagaimanapun perubahan itu tidaklah merosakkan jalan cerita filem ini.

“Tonton dulu dan anda akan tahu kenapa saya mengambil keputusan mengubah sedikit jalan ceritanya,” katanya dalam satu temu bual.

“Filem ini  juga bukan mengenai aksi semata-mata, tapi saya terapkan moral dan mesej berguna untuk dihayati bersama,” jelasnya.

Berkongsi idea

Gunn berkata, dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang penggambaran dan pelakon memberikan kerjasama yang baik.

Katanya, dia juga menerima apa saja idea yang dilontarkan oleh pelakon ketika proses penggambaran.

“Filem ini bukan idea fikiran saya seorang, saya benarkan mereka berkongsinya dan apabila ada yang sesuai, saya gunakan. Saya bekerja bersama mereka yang  profesional dan komited, jadi ia tidak sukar,” ujarnya.

Filem ini memulakan penggambaran di Pinewood Atlanta Studios di Fayette County, Georgia.

Katanya, kebanyakan krew  adalah mereka yang terlibat dengan  filem pertama seperti sinematografi, Ben Davis dan pereka produksi, Charles Wood.

Gunn juga mahu penonton terhibur sepanjang tontonan.

“Jangan tinggalkan kerusi anda sehingga kredit akhir tamat kerana ada sesuatu di penghujungnya,” tegasnya.

Guardians of the Galaxy Vol. 2 yang akan menemui penonton di Malaysia pada 27 April depan mengisahkan Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi  menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.

The post James Gunn percaya keputusannya appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2plP44r

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.