Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa pelajar mangsa peluru sesat cadang ambil tindakan undang-undang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa pelajar mangsa peluru sesat cadang ambil tindakan undang-undang

ALOR SETAR: Bapa kepada pelajar yang cedera akibat terkena peluru penabur sesat di Kampung Lubok Keriang, Mukim Lesong, Langgar di sini, bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mencederakan anaknya itu.

Bakar Saad, 45, berkata tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada individu yang cuai ketika mengendalikan senjata api sehingga mengakibatkan anak keduanya daripada empat beradik itu cedera dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan.

"Saya marah sebab kejadian ini menyebabkan anak saya yang sedang makan nasi terkena peluru penabur, malah peti sejuk dan pinggan mangkuk saya turut terkena peluru dan rosak," katanya ketika ditemui di wad HSB di sini, hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, Nur Syahida Bakar, 12, cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas terkena peluru penabur sesat ketika sedang makan di dapur rumahnya.

Bakar berkata ketika kejadian, dia sedang makan di meja manakala Nur Syahida dan anak bongsunya berusia tiga tahun sedang makan bersila di ruang dapur rumah sebelum terdengar letupan.

"Syahida duduk betul-betul menghadap pintu menyebabkan dia terkena (peluru penabur). Mujur isteri dan anak bongsu saya tidak terkena. Selepas melihat darah pada dahi anak saya, cepat-cepat saya meminta bantuan anak saudara untuk menghantar dia ke hospital," katanya.

Bakar percaya individu terbabit cuai ketika hendak menembak burung di kawasan bendang berdekatan, menyebabkan peluru yang dilepaskan tersasar dan memasuki pintu dapur rumahnya.

"Sebelum ini, memang ada aktiviti menembak burung ayam-ayam, tapi petang semalam tak taulah macam mana boleh terjadi. Saya akan tunggu siasatan polis sebelum bercadang mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata daripada 13 butir peluru penabur yang dilepaskan itu, dua butir telah dikeluarkan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kanak-kanak perempuan itu masih menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

Katanya pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan antaranya di dahi, sendi bahu kanan, bahagian atas tangan kanan, siku kanan, sendi paha kanan, lutut kanan dan dada.

Dr Norhizan berkata kanak-kanak itu akan menjalani pembedahan hari ini bagi mengeluarkan bendasing (peluru penabur) yang terdapat pada bahagian badan mangsa.

"Kanak-kanak itu dimasukkan (ke HSB) kira-kira 6.15 petang semalam, dan sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini. --BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oCItyQ

? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.