Pakatan Akan Teruskan GST Jika Mereka Berkuasa Selepas PRU14
Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia menang pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan tidak akan meneruskan peratusan semasa yang “tinggi” itu.
“Kami sedar tentang kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.
“Kami tidak akan mengenakan peratusan setinggi itu dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang.
Turut hadir adalah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini menandakan satu tindakan ‘u-turn’ oleh pakatan pembangkang, yang sebelum ini telah menegaskan bahawa ia akan menghapuskan GST jika ia memegang Putrajaya.
Pakatan telah pun menganjurkan perhimpunan anti-GST di KL April lalu.
Seawal Januari tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika ia mengambil alih kerajaan Persekutuan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 2015 juga telah mencadangkan bahawa pakatan itu akan mencadangkan untuk menghapuskan GST dalam Bajet Alternatif untuk 2016.
Dr Mahathir, pada majlis pelancaran PPBM pada awal tahun ini, juga telah mengisytiharkan bahawa jika pembangkang memenangi pilihan raya umum, GST akan dimansuhkan secara beransur-ansur dan digantikan dengan cukai jualan “mengikut kemampuan rakyat”.
GST buat masa ini ditetapkan pada enam peratus.
Ia menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 10 peratus.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2pSzIlrUntuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pd1wTL
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment