Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kami dah tak sabar’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kami dah tak sabar’

Memulakan karier sebagai penyanyi kumpulan Sweetchild, namun populariti Acong lebih menyerlah dalam bidang lakonan terutama genre komedi.

Disebabkan itu, agak sukar buat Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat memberikan tumpuan terhadap Sweetchild apabila menyertai Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) bersama kumpulan Nice.

Namun, penyingkiran Nice pada minggu kelapan MLM kembali membuka ruang buat Acong untuk memberikan tumpuan terhadap Sweetchild terutama mengadakan persembahan yang sudah lama dirancang.

“Mungkin ada hikmahnya saya, Ropie dan Tauke tersingkir kerana sekurang-kurangnya saya dapat memberikan tumpuan kepada Sweetchild pula.

“Sekiranya tidak, saya sendiri tiada jawapan untuk merealisasikan impian itu sedangkan peminat Sweetchild sering bertanya bila nak buat persembahan bersama,” kata Acong pada sidang media, baru-baru ini.

Menurutnya, persembahan yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 13 Mei ini amat istimewa kerana dibuat bersempena 22 tahun pembabitan mereka dalam bidang muzik.

“Sudah banyak kali perancangan dibuat tetapi sering tertangguh kerana kesibukan jadual saya. Saya masih kekal bersama Sweetchild dan tak akan sesekali meninggalkan mereka kerana hubungan kami berlangsung sejak remaja malah seperti adik-beradik.

“Persembahan ini diadakan bertujuan memberitahu peminat yang Sweetchild masih wujud dan kami masih bersama,” katanya.

Selain Acong, anggota Sweetchild yang lain ialah Suzahari Aziz atau Yem (keyboard), Saiful Azlan Ahmad atau Aalan (gitar), Ahmad Zamri Zainal Abidin atau Ijan (bass) dan Romzi Mohd Minsawi atau Pet (dram).

Acong menganggap persembahan itu nanti bukan sesuatu yang terlambat buat Sweetchild, malah mahu memberikan persembahan terbaik dan mantap buat peminat.

“Memandangkan ini persembahan pertama, sudah tentu kami tak sabar nak beraksi depan peminat. Pastinya kami akan tampilkan persembahan mantap dan bertenaga.

“Selain Sweetchild, persembahan yang akan berlangsung pada jam 4 petang akan turut menampilkan artis jemputan iaitu Syamel dan penyanyi kumpulan Pearl, Datuk Amir,” katanya.

Menerusi persembahan ini, Sweetchild akan menyampaikan 18 lagu yang dibuat secara penceritaan bermula daripada album sulung sehingga yang terbaru.

“Menariknya harga tiket yang dikenakan untuk menonton hanya RM55 kerana kami tak mahu membebankan peminat Sweetchild.

“Hard Rock Melaka dipilih sebagai lokasi permulaan dan kami bercadang buat persembahan di Hard Rock Kuala Lumpur dan lokasi lain pula selepas ini,” katanya.

Acong turut mengakui kumpulannya hanya sekadar mahu memeriahkan dunia hiburan dan tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan yang ada.

“Kalau boleh kami nak berjalan seiring dengan kumpulan lain. Kalau dilihat, banyak juga kumpulan sekarang yang kembali pada konsep muzik 1990-an dan inilah peluang terbaik untuk Sweetchild menonjolkan diri.

“Kami tak nak peminat melupakan terus Sweetchild,” katanya yang popular menerusi lagu antaranya Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan dan Kau Guriskan Perasaan.

Sementara itu, Amir yang popular menerusi lagu Aku Tak Bersalah berterima kasih kepada Acong dan Sweetchild kerana memberikannya peluang beraksi dalam persembahan itu.

“Saya memang dah lama simpan hasrat buat ‘comeback’ dalam nyanyian dan peluang ini ibarat pembuka jalan untuk kembali aktif,” katanya.

The post ‘Kami dah tak sabar’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pWmiov

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.