Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boss taska di Bangi larang ibu bapa viral video hempas anak, takut taska di tutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boss taska di Bangi larang ibu bapa viral video hempas anak, takut taska di tutup

KUALA LUMPUR - Video pengasuh di sebuah taska menghempas dan mencampak anak-anak asuhannya viral di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik Ziera Shammudin, telah ditonton 239,000 kali dan dikongsi 6,041 pengguna Facebook.

Lokasi sebenar taska tidak dinyatakan, namun dipercayai berlaku di Bangi Malaysia.

Berdasarkan video, seorang pengasuh mendukung seorang bayi yang dianggar berusia 2 tahun ke bawah sebelum menghempasnya ke tilam membuatkan kanak-kanak itu menangis. Pengasuh itu kemudian menolak kepalanya dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara yang tidak sepatutnya dan meletak mangsa di luar bersama rakan-rakannya yang lain.

Dalam kejadian yang kedua, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh menyebabkan wanita itu berang lalu membaling mainan itu sebelum mengangkatnya dan mencampaknya ke dalam bilik sehingga terkena mainan di lantai.

Kejadian itu disaksi oleh rakan sekerjanya, namun tidak mengambil sebarang tindakan.

Justeru, ibu bapa menggesa pihak yang berkenaan mewajibkan semua pengusaha taska memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau keadaan dalam taska berikutan sudah banyak kes seumpama ini berlaku.

Semalam, seorang ibu mendedahkan bayi perempuannya mengalami pendarahan dalam kepala sehingga akibat terjatuh di taska, sehingga terpaksa dibedah. 

Namun pihak taska didakwanya enggan bertanggungjawab sejak kejadian itu berlaku. 
Share to Facebook
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2q6dKLg

? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News


(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.