Pengacara Sukan Tak Sentral digantung tugas, program ditamatkan
Hal itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) Datuk Ahmad Izham Omar menerusi satu kenyataan media.
Selain Ammar, enam kru rancangan berkenaan turut menerima nasib yang sama.
Tempoh penggantungan untuk Ammar tidak dinyatakan, manakala tempoh penggantungan enam kru tersebut akan diputuskan kemudian.
Rancangan itu juga ditamatkan siarannya.Dalam kenyataan itu, Ahmad Izham sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada keluarga Watson atas kesilapan itu.
PWS, kata Ahmad Izham, bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa jika Watson meneruskan niat untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Sebagai syarikat penerbit rancangan tersebut, Primeworks Studios tidak akan lari dari tanggungjawab dan kami komited untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik bagi Watson dan keluarganya," kata Ahmad Izham.
Ammar sendiri turut hadir ke sidang media itu untuk bertemu keluarga Watson dan meminta maaf.
Bagaimanapun, Watson dan keluarganya dilaporkan menolak permohonan maaf itu dan tetap akan meneruskan prosedur undang-undang.
Watson telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Pusat Miri kira-kira jam 10 pagi tadi.
Semalam Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan yang disiarkan Sabtu lepas apabila Ammar mengejek nama mendiang bapanya, yang juga bekas anggota polis, dengan membuat bunyi binatang.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pVICi2? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News
(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!
Post a Comment