Penduduk Semporna dinasihat pilih politik realiti tolak politik emosi
Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang Datuk Seri Nasir Sakaran berkata UMNO berada di Sabah lebih 20 tahun dan sepanjang tempoh itu, banyak perubahan berlaku termasuk pembangunan dan pengukuhan keselamatan di negeri ini.
"Di Semporna, pembangunan dibawa kerajaan termasuk perhubungan jalan raya, pembangunan berkaitan sumber air dan elektrik manakala dari aspek keselamatan, kerajaan menempatkan sebilangan besar anggota keselamatan seperti tentera dan polis serta aset keselamatan yang banyak demi menjaga keselamatan penduduk dan perairan negara daripada diceroboh lanun dan pengganas dari Selatan Filipina," katanya kepada pemberita di sini, hari ini."Walaupun tanpa pemimpin yang telah keluar parti, kita (anggota) yang masih berada dalam UMNO perlu meneruskan perjuangan kerana kerajaan ini banyak menyelamatkan kita (rakyat) daripada keadaan politik tidak menentu," kata Nasir, yang juga pemangku Ketua UMNO bahagian Semporna. -- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pWjMkR? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News
(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!
Post a Comment