Pelajar tahfiz yang dipercayai dipukul kini alami darah beku pada lengan kiri
Ibu saudara pelajar berumur 11 tahun itu, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.
Nurul Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor bahawa pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.
"Kami dinasihati doktor sebelum ini untuk memotong tangan kanan tersebut tetapi kami tidak bersetuju. Buat masa ini tangan itu masih dipantau selama 48 jam mulai semalam sehingga pagi esok," katanya yang ditemui pemberita di lobi HSI di sini hari ini.
Menurut Nurul Nabila, Mohamad Thaqif Amin yang merupakan anak ketiga dari lima beradik kini belum sedarkan diri atau memberi sebarang respon sejak pembedahan terhadap lengan kanannya semalam.Mengenai darah beku di lengan kiri pula, Nurul Nabila berkata doktor sudah memberikan ubat bagi mencairkan darah dan memantau keadaan lengan tersebut.
Nurul Nabila turut menafikan cakap-cakap bahawa anak saudaranya itu pernah diberikan ubat tahan sakit untuk kegunaan wanita bersalin serta menerima rawatan tradisional sebelum dirujuk ke hospital.
Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI Rabu lepas, menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.
Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.
Semalam, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan. -- BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oCNcR8? Sumber Pautan : ? Siakap Keli News
(????)? Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk ?? Like & ?? Share!
Post a Comment