Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cuai, kanak-kanak lemas dalam baldi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cuai, kanak-kanak lemas dalam baldi

IPOH, PERAK – Seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, semalam, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, mangsa, Fatini Aleysha Abdul Karim, 2, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat terjatuh ke dalam baldi. 
Kejadian itu berlaku ketika mangsa mahu membuang air besar, dibawa oleh teman lelaki ibunya berusia 31 tahun, manakala ibunya berusia 41 tahun menunggu di kereta. 
Polis telah menahan reman ibu mangsa selama empat hari dan teman lelakinya selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. 
Foto – Harian Metro
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata, siasatan awal mendapati berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam baldi. 
“Lelaki berkenaan membawa mangsa naik ke pejabatnya untuk membuang air besar, manakala ibu mangsa menunggu di dalam kereta sebelum lelaki itu turun dalam keadaan cemas memaklumkan mangsa jatuh dalam baldi. 
“Mereka kemudian membawa mangsa ke HRPB sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Laporan bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya. 
Kes disiasat mengiku Seksyen 31(a) Akta kanak-Kanak 2001.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rY2ykJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.