Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elak beli & guna 7 produk kosmetik ini yang mengandungi racun berjadual - KKM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elak beli & guna 7 produk kosmetik ini yang mengandungi racun berjadual - KKM


PUTRAJAYA - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan tujuh produk-produk kosmetik yang tersenarai kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

2

Dalam kenyataan akhbar KPK diterbitkan 26 Mei itu memaklumkan, notifikasi bagi produk-produk terlibat juga telah dibatalkan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari pengguna hyroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya matahari.

"Produk komestik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

"Selain itu ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," kata kenyataan itu.

Justeru, KKM memberikan amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk yang tersenarai serta-merta.

✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtAEAT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.