Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat doktor diheret ke mahkamah tipu JPJ [METROTV]

ENAM individu termasuk empat doktor didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan Georgetown, hari ini, atas tuduhan memanipulasi pembaharuan Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV), Februari lalu.

Empat tertuduh, Dr Kamal Fasha Hussain, 55, dan Dr See Teik Guan, 49, bersama dua orang tengah, Chan Ah Kow, 57, dan Lim Geok Huat, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Dr Kamal Fasha didakwa cuba memperdaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap seorang lelaki melalui borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8) di sebuah klinik di Jalan Sungai Dua, Gelugor, pada jam 11.20 pagi, pada 14 Februari lalu.

Dr See pula didakwa atas kesalahan sama di sebuah klinik di Eden Square, Batu Ferringhi, pada jam 2.25 petang, pada 14 Februari lalu.

Lim dan Chan yang bertindak sebagai orang tengah didakwa memanipulasi borang JPJ L8 yang diperakui dua doktor di pejabat JPJ Batu Uban di sini, pada jam 11.45 pagi, pada 14 Februari lalu.

Norsalha kemudian membenarkan semua tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Butterworth, Dr Ding Yong Chaung, 73, mengaku bersalah, atas tuduhan cuba memperdaya JPJ dengan memanipulasi pemeriksaan kesihatan fizikal terhadap seorang lelaki melalui borang Permohonan Lesen Vokasional (JPJ L8) di sebuah klinik di Jalan Tembikai, Taman Mutiara, Bukit Mertajam pada jam 11.45 pagi, 14 Februari lalu.

Seorang lagi tertuduh, Dr Lutfi Mohamad Rashidi, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama yang didakwa dilakukannya di Jalan Ciku Bukit Mertajam, pada jam 12.20 tengah hari, tarikh sama.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas Dr Lutfi dan menetapkan 4 Julai bagi sebutan semula kes, manakala 13 Jun ini bagi menjatuhkan hukum ke atas Dr Ding.

Keenam-enam tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 415 dan 417 Kanun Keseksaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shMmuK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.