MSI GT75VR Titan SLI Diumumkan – Dengan Lima Teknologi Menerajui Dunia Gaming
Pada pengumuman yang diadakan MSI bersempena acara Computex di Taiwan, mereka telah menyatakan lima ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap laptop gaming bagi memenuhi kehendak pengguna mereka yang juga bergiat dalam aktiviti E-sukan. Kesemua ciri-ciri tersebut hadir pada laptop ‘flagship’ mereka iaitu MSI GT75VR Titan.
Dari segi spesifikasi, MSI GT75VR Titan merupakan yang kedua tertinggi didalam kelas GT didalam penawaran MSI, dibelakang GT83VR. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan kad grafik, iaitu GeForce GTX 1080, GTX 1070 atau GTX 1070 SLI dan dikuasakan oleh cip Intel Core i7 7280HK CPU dan boleh di-overclock sehingga 4GHz.
Seperti laptop lain dalam kelas GT dari MSI, ia hadir dengan saiz yang lebih besar dari biasa, dengan lubang pengudaraan yang besar di bahagian tepi dan belakang laptop ini. Salah satu kelainan pada laptop ini adalah kawasan letak tapak tangan yang mempunyai kemasan yang direka khas bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Kemasan ini tidaklah keras seperti permukaan biasa, namun tidaklah terlalu empuk yang membuatkan tapak tangan pengguna seolah-olah terbenam.
Dalam menjadi pelopor dunia komputer gaming, lima ciri-ciri berikut adalah fokus MSI dalam mencipta laptop gaming yang diyakini ramai.
Paparan Berkelajuan Tinggi – 120Hz
Laptop MSI GT75VR Titan merupakan yang terbaru dalam keluarga GT, namun berada di tahap kedua. Meskipun begitu, salah satu perkara yang membezakan MSI GT75VR dan MSI GT83VR adalah paparan skrin. Pada MSI GT75VR, paparannya berkebolehan untuk memaparkan imej sepantas 5ms dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Laptop gaming ini juga adalah yang pertama di dunia yang menyokong kelajuan janaan grafik sebegini.
Pada kadar kelajuan sebegini, imej yang dijana permainan boleh menyokong sehingga 120 frame per second. Dengan lebih banyak frame yang disokong, ia sekaligus memberikan paparan imej pergerakan yang lebih lancar dan baik, tanpa sebarang kecacatan seperti ghosting yang biasa berlaku pada paparan yang biasa. Selain dari itu paparan pada MSI GT75VR Titan turut mempunyai teknologi True Color 2.0, iaitu kadar ketepatan warna yang tinggi.
Sistem Penyejukan Yang Efektif – Cooler Boost Titan
Isu paling hangat dikalangan pengguna tegar laptop gaming adalah isu kepanasan. Laptop berprestasi tinggi sememangnya akan menjana haba yang sangat tinggi, ditambah pula dengan kualiti grafik permainan yang tinggi memerlukan laptop menggunakan kuasa pemprosesan baik dari segi cip pemproses dan juga cip grafik. Untuk mengatasi masalah ini, MSI hadir dengan dengan solusi Cooler Boost dan bagi MSI GT75VR Titan, ia menggunakan Cooler Boost Titan.
Untuk teknologi Cooler Boost Titan pada MSI GT75VR, ia mempunyai 2 kipas utama berbilah 29 dengan 12 heatpipe yang bersambung diantaranya. Dengan sistem penyejukan ini, ia membolehkan laptop MSI beroperasi dengan lebih efisien, dan ia dibuktikan dengan markah penanda aras 3D Mark 11.
Papan Kekunci Gaming Per-Key RGB Dari Steelseries
Menjadi kebiasaan untuk perwira dunia permainan digital memiliki komputer baik laptop mahupun desktop yang hadir dengan warna-warni. Mungkin anda sebagai pengguna biasa melihatnya sebagai hiasan, namun warna-warna tersebut boleh memberikan petunjuk status anda, sama ada tahap nyawa atau baki peluru yang masih ada.
MSI GT75VR ini hadir dengan papan kekunci yang setiap satunya boleh diubah warna RGBnya. Ia bukanlah menyokong satu cahaya sahaja, sebaliknya menyokong spektrum warna yang penuh. Pengguna boleh mengoptimasikannya untuk berubah warnanya pada keadaan biasa, atau sewaktu memainkan permainan tertentu.
Rapid Mechanical RGB Keyboard
Warna sahaja tidak cukup untuk membantu pemain menang didalam sesuatu pertandingan. Satu lagi faktor utama adalah papan kekunci yang memberikan respons terbaik untuk setiap perkara yang dilakukan pemain. Justeru papan kekunci mekanikal menjadi pilihan utama bagi pemain.
Untuk laptop gaming terkini dari MSI ini, ia menyertakan teknologi yang dilabelkan Rapid Mechanical RGB Keyboard yang dibangunkan Steelseries. Tahap sensitivitinya dipertingkat dengan 3m jarak kekunci ditekan (key travel distance) dengan 1.5mm actuation.
Pembesar Suara Yang Besar – Giant Speaker
Apalah gunanya memiliki laptop gaming terhebat tanpa sistem audio tercanggih. Untuk variasi laptop gaming MSI yang diumumkan di Computex hari ini, kesemuanya telah menyertakan teknologi Giant Speaker dari Dynaudio. Seperti namanya, terdapat dua pembesar suara yang lebih besar dari yang biasa ditemukan pada laptop, beserta dua ‘woofer’ bagi menjana kualiti audio yang bukan sahaja lebih jelas dan teliti, malah lima kali lebih kuat berbanding biasa.
Kesemua lima ciri-ciri diatas hanyalah sebahagian dari teknologi yang telah sedia ada dibawakan oleh MSI untuk keluarga laptop gaming mereka. Antara ciri-ciri lain termasuklah perisian audio Nahimic yang membolehkan anda memposisikan musuh mengikut bunyi dalam permainan, fungsi XSplit Gamecaster yang memudahkan anda melakukan penstriman langsung sewaktu bermain, dan pelbagai lagi.
Seperti laptop gaming lain dari MSI yang mempunyai VR pada namanya, laptop gaming ini turut menyokong VR. Buat masa ini tiada sebarang kata putus dari MSI berkenaan harganya dan juga bilakah ia akan tersedia untuk pasaran tempatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rB14kg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment