Tidak Boleh Jual Dadah Atas Talian Bagi Tujuan Perubatan
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan tiada mana-mana individu yang dibenarkan menjual sebarang jenis dadah terkawal secara atas talian walaupun untuk tujuan perubatan.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penjualan dadah yang tersenarai sebagai bahan terkawal dan terlarang di bawah Akta Racun 1952 adalah bertentangan dengan undang-undang negara dan etika perubatan.
“Semua ubat yang tersenarai itu perlu dipreskripsikan oleh pengamal perubatan yang bertauliah sebelum diberikan kepada pesakit.
“Contohnya, morfin merupakan ubat yang terlarang, namun kita (kementerian) menggunakannya di hospital bagi tujuan perubatan. Penggunaannya adalah bagi ubat penahan sakit bagi sesetengah kes perubatan terutamanya yang dalam keadaan kritikal atau yang telah menjalani pembedahan besar,” katanya yang juga Presiden MIC pada sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tangkapan seorang individu yang bergelar ‘Doktor Ganja’ yang menjual dadah berbentuk kek, susu, marjerin, coklat dan madu sebagai rawatan kesihatan melalui Facebook serta WeChat dan WhatsApp.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman , Datuk Kang Chez Chiang dalam sidang akhbar hari ini dilaporkan berkata suspek dan dua lagi individu yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak lima hingga enam bulan lalu ditahan Jumaat lepas di Klang, Selangor.
Menurut Kang, dalam serbuan berkenaan polis merampas 18 pokok ganja, empat kilogram tumbuhan dan serbuk disyaki ganja, empat liter minyak, coklat, madu, marjerin serta susu yang disyaki mengandungi ganja dengan nilai rampasan RM21,000 termasuk sebuah kereta. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shNEGf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment