Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nasib Annuar Musa Sebagai Pengerusi Mara Ditentukan Jun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nasib Annuar Musa Sebagai Pengerusi Mara Ditentukan Jun Ini

PUTRAJAYA – Kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara akan diketahui selepas hasil dapatan mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkaitan pergantungan tugasnya dibentangkan Jun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil dapatan itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau untuk tindakan selanjutnya.

Ismail Sabri berkata mesyuarat tersebut yang diadakan pada 18 Mei lalu telah membincangkan status pergantungan Annuar yang bermula sejak 1 Jan lalu, susulan isu penajaan UniKL dan Pelaburan Mara Bhd ke atas pasukan bola sepak Kelantan.

“Ketika mesyuarat diadakan, saya mempunyai tugasan di luar negara dan saya difahamkan hasil mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada saya dan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya (berkaitan pergantungan Annuar),” katanya ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Annuar masih lagi menjawat jawatan Pengerusi Mara dan diberi cuti daripada menggalas tugas tersebut sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Mengenai prestasi kementeriannya yang mencapai sasaran 100 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) bagi tahun lepas, Ismail Sabri berkata pihaknya akan bekerja keras agar kecemerlangan dapat dikekalkan untuk masa akan datang

“Kita berbesar hati kerana apa yang dilakukan telah dinilai baik oleh Perdana Menteri sekali gus memenuhi KPI yang ditetapkan,” katanya.

Lapan kementerian termasuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya mencapai sasaran 100 peratus KPI yang ditetapkan PEB bagi tahun lepas.

Kementerian lain ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Luar; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjTtW7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.