Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegawai Muda Sentiasa Diberi Peluang Di Dalam Felda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegawai Muda Sentiasa Diberi Peluang Di Dalam Felda

KUALA LUMPUR – Pegawai muda yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sentiasa diberi peluang untuk menjawat jawatan pengarah jabatan bagi menimba pengalaman untuk memacu organisasi ke aras yang lebih tinggi.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pengurusan atasan yang berwibawa sangat penting bagi memastikan semua objektif yang digariskan oleh organisasi itu dapat dicapai.

“Felda sentiasa memberi penekanan dalam mewujudkan pengurusan atasan yang dinamik dan berintegriti. Dengan meletakkan pegawai-pegawai muda di barisan pengurusan atasan, Felda akan mampu untuk menjadi lebih berinovatif,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Ramadan Felda di Menara Felda di sini, malam ini.

Pada majlis itu sebanyak 2,000 kotak makanan kering berupa kuih muih diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir Inspektor Jeneral Markas ATM Mejar Jeneral Datuk Abu Muslim Ismail dan Timbalan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi PDRM Datuk Shukri Karim. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjAScY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.