Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendaki Tertua M’sia Pulang, Azam Kembali Ke Everest - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendaki Tertua M’sia Pulang, Azam Kembali Ke Everest

SEPANG – Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng berazam untuk kembali menawan puncak Gunung Everest tahun depan setelah misi kali keduanya terencat akibat mengalami sakit dada teruk.

Pendaki berusia 69 tahun itu yang kembali ke tanah air malam ini kecewa kerana gagal dalam pertarungan untuk mengharumkan nama negara, kelab dan juga misi peribadinya selepas diberikan peluang kedua menjayakan ekspedisi tersebut.

Ketibaannya dari Kathmandu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tan Sri Othman Abd Razak yang juga Naib Presiden Lions Club Port Dickson Pantai (LCPDP), penganjur utama misi yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017 itu.

“Secara jujurnya saya amat kecewa kerana sebelum ini tidak pernah berdepan dengan masalah kesihatan serta penyakit gunung akut (AMS) tetapi keadaan tersebut berlaku secara tiba-tiba dan terpaksa akur,” katanya kepada Bernama.

Lee berkata pada mulanya misi berjalan lancar ditambah lagi keadaan cuaca yang hampir serupa sepertimana yang dilaluinya tahun lepas sebelum keadaan berubah ketika pendakian menjejak ke Kem 2.

Katanya ketika di Kem 2 itu, beliau merasakan kesakitan di dada dan dua sherpa profesional yang menemaninya sepanjang pendakian menasihatkan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Saya mula cemas kerana tidak mahu keadaan itu merencatkan misi namun terpaksa mengikut nasihat sherpa untuk turun bagi melakukan ujian kerana jika diteruskan keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk kerana kondisi cuaca di Kem 3 lebih sejuk dan berangin,” katanya.

Sehubungan itu, Lee diterbangkan dengan helikopter ke sebuah hospital di Kathmandu pada Sabtu dan menerima rawatan selama dua hari di situ sebelum mengambil keputusan membatalkan misi atas beberapa faktor seperti tingkap pendakian akan ditutup menjelang akhir Mei selain isu kesihatan dan logistik.

Dalam percubaan pertamanya mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian pada peringkat akhir di Kem 3 pada ketinggian 7,200 meter berikutan cuaca buruk.

Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848 meter.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan.

Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar.

Dalam pada itu, Othman berkata pihaknya amat berbangga dengan kesungguhan dan komitmen Lee dalam menjayakan misi tersebut walaupun gagal.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, beliau berkata LCPDP tidak pernah kesal menaja misi itu kerana paling utama Lee pulang dengan selamat.

Mengenai sama ada LCPDP akan menaja Lee jika misi selanjutnya diadakan tahun depan, Othman berkata perkara itu akan dibincangkan memandangkan misi sedemikian memerlukan perbelanjaan yang besar.

Menurutnya, sejumlah RM300,000 diperuntukkan untuk ekspedisi tersebut.- BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qCwqSF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.