Keyakinan Pengguna US Merosot Kepada 117.9
Keyakinan pengguna di Amerika Syarikat merosot kepada 117.9 pada Mei berbanding 119.4 yang direkod sebelum ini. Bacaan kali ini merupakan yang terendah sejak tiga bulan lalu dan juga kurang daripada jangkaan 119.5.
Indeks keadaan semasa meningkat kepada 140.7 dari 140.3 di mana komponen jangkaan merosot kepada 102.6 dari 105.4.
Kadar responden yang menyatakan keadaan perniagaan adalah baik menyusut kepada 29.4% dari 30.8% sebelum ini dengan tiada perubahan yang mengatakan keadaan semakin buruk. Manakala penilaian keadaan semasa pasaran buruh kekal positif dengan hanya sedikit perubahan dari bulan lalu.
Terdapat kejatuhan yang signifikan dalam peratusan pengguna yang menjangkakan keadaan semakin baik dalam tempoh enam bulan kedepan. Kejatuhan juga dicatat dalam peratusan responden yang menjangkakan lebih banyak pekerjaan beberapa bulan lagi.
Walaubagaimanapun, terdapat kejatuhan dalam jumlah responden yang menjangkakan pasaran pekerjaan akan melemah.
Data secara keseluruhan menunjukkan pertumbuhan dan pemotongan cukai mungkin akan semakin suram dengan tidak banyak yang dilakukan oleh pentadbiran US dan Kongres dalam mengubah polisi. Namun, data keyakinan pengguna masih berada di paras tertinggi berbanding tahun-tahun yang lalu dan sepatutnya menyokong perbelanjaan di US. Namun harus diingat korelasi antara keyakinan pengguna dan perbelanjaan pengguna adalah lemah.
US dolar melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy jatuh hampir 20 pip.
The post Keyakinan Pengguna US Merosot Kepada 117.9 appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRiKb7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment