Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Setengah Juta Kanak-Kanak Di Malaysia Jadi Perokok

Kajian sama mendapati 85 peratus daripada pelajar lelaki berusia antara 13 sehingga 17 tahun adalah perokok. (Gambar: tribunbali)

Pelbagai kempen tentang bahaya merokok dilaksanakan kerajaan khususnya menerusi Kementerian Kesihatan sejak sekian lama bagi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak merokok. Antara bahaya ditekankan pihak berkusa dalam kempen itu adalah risiko perokok mendapat penyakit kanser dan sakit jantung disebabkan tabiat merokok.

Kajian yang dilakukan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) ke atas 143 pelajar sekolah baru-baru ini mengesahkan kempen itu berjaya dalam menyampaikan mesej bahaya merokok kepada orang ramai. Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kajian sama mendapati 85 peratus daripada pelajar lelaki berusia antara 13 sehingga 17 tahun adalah perokok walaupun menyedari risiko merokok pada kesihatan mereka.

Keputusan awal menunjukkan 85 peratus daripada mereka tahu merokok menyebabkan kanser serta penyakit jantung. Hampir 70 peratus daripada mereka mula merokok pada usia antara 12 sehingga 15 tahun. Hampir 40 peratus pula membeli rokok di pasar raya atau gerai di tepi jalan dan 20 peratus berkongsi sekotak rokok sesama mereka.

NCSM juga mendapati 60 peratus daripada perokok muda ini mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang merokok.

Presiden dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr Saunthari Somasundaram dalam laporan kajian itu menyatakan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendedahkan terdapat seramai 500,000 kanak-kanak menghisap rokok.

Menurutnya, kesemua golongan terbabit terdiri daripada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah berhadapan risiko fungsi dan pertumbuhan paru-paru berkurangan serta kerosakan jantung.

"Seperti yang terdapat dalam kajian kita, pelajar tahu tentang bahaya merokok, mahu berhenti, tetapi masih melakukannya. Jadi pendidikan sahaja tidak bekerja. Kita memerlukan pelan yang lebih komprehensif untuk menyokong usaha-usaha mereka," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjIqfU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.