Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keselamatan Rakyat Sabah Sentiasa Terjamin – Musa Aman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keselamatan Rakyat Sabah Sentiasa Terjamin – Musa Aman

SANDAKAN – Keselamatan dan keamanan rakyat di negeri ini sentiasa dalam keadaan terjamin menerusi komitmen tinggi anggota pasukan keselamatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis dan tentera menjaga keselamatan termasuk di kawasan perairan dan pos kawalan sedia ada.

“Anggota pasukan keselamatan mengawal perairan kita dengan baik bagi memastikan rakyat negeri ini sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Zakat Ramadan kepada 924 golongan asnaf di Kampung Sungai Luboh dekat sini hari ini.

Justeru, beliau berkata pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjalankan tugas termasuk pada bulan ramadan adalah dihargai.

Musa berkata kerajaan akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan yang terbaik.

“Kita dalam kerajaan Barisan Nasional sentiasa bekerja untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan yang baik dan menjadikan Sabah dalam keadaan aman serta stabil,” katanya.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Musa turut menyampaikan bantuan Zakat Ramadan kepada 950 golongan asnaf di Taman Merpati di sini.

Pada majlis anjuran syarikat kerajaan negeri Warisan Harta Sdn Bhd itu, beliau turut berbuka puasa bersama penduduk dan menunaikan solat tArawih di Masjid Taman Merpati. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjLZCt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.