Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Link Diperkenalkan Di Jepun – Set-Realiti Maya Untuk Digunakan Bersama HTC U11 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Link Diperkenalkan Di Jepun – Set-Realiti Maya Untuk Digunakan Bersama HTC U11

HTC telah memperkenalkan HTC U11 pada minggu lepas, dan kini pada hari ini, di Jepun, pengeluar dari Taiwan berkenaan turut memperkenalkan bersama sebuah set realiti-maya khusus untuk digunakan bersama telefon pintar berkenaan, dinamakan sebagai HTC Link.

HTC Link

HTC Link ini menjadi set realiti-maya pertama daripada HTC untuk digunakan bersama telefon pintar – berbeza dengan Vive yang menawarkan kuasa pemprosesan realiti-maya yang tinggi. Walaupun HTC Link ini beroperasi bersama telefon pintar, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan sensor kamera tambahan secara bagi membolehkan pemantauan gerakkan pada keseluruhan enam-darjah – sesuatu yang tidak terdapat pada majoriti set realiti-maya berasaskan telefon di pasaran hari ini.

Melengkapkan HTC Link ini juga adalah dua alat kawalan yang kelihatan seumpama PlayStation VR. Menariknya, walaupun digunakan bersama telefon HTC U11, HTC Link ini juga turut hadir dengan panel skrin khusus dengan kadar segar semula 90Hz.

Buat masa ini, HTC Link ini hanya khusus untuk pasaran Jepun sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran luar atau sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZUT8e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.