Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Gambar Kereta Polis Kena Kapit Jadi Tular, Netizen Berdebat 'Kau Fikir Kau Siapa? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Gambar Kereta Polis Kena Kapit Jadi Tular, Netizen Berdebat 'Kau Fikir Kau Siapa?


Kenderaan polis dikunci atau dikapit kerana melakukan kesalahan parking amat jarang kita lihat. Tetapi, baru-baru ini satu gambar yang menunjukkan kereta peronda polis yang tayarnya telah dikunci telah menjadi perbualan dan sindiran netizen di media sosial.

Gambar kenderaan tersebut dilihat diparkir di hadapan restoran Salam Noodles dan telah dikongsi netizen lebih dari 21,000 perkongsian sehingga setakat ini di laman sosial Twitter.

Menurut laporan dari Malay Mail Online. pengguna laman sosial itu yang dikenali sebagai Shazwan Musk telah memaklumkan kepada satu akaun Twitter yang dipercayai dimiliki oleh pihak berkuasa PDRM supaya memberi perhatian terhadap kejadian berkenaan, namun tiada komen balas atau jawapan.

Gambar berkenaan dikatakan telah dimuat naik oleh Alif Hafiz Yusof pada Ahad lalu dengan kapsyen tertulis "Kau Fikir Kau Siapa", seperti satu lirik lagu Kalah Dalam Menang yang dinyanyikan oleh Shamsul Yusof dan juga Mawi.

Namun begitu, pujian yang diberikan kepada pihak pengurusan di Cyberjaya adalah wajar kerana mereka mengambil tindakan yang sama rata tanpa mengira pangkat dan darjat sekiranya melanggar undang-undang. Tindakan yang diambil itu wajib dijadikan contoh kepada mereka yang bertugas sebagai penguatkuasa di Malaysia. - Koleksi Viral



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCSxwD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.