Hi! Welcome Back and Stay Tune! MENYEDIHKAN! Remaja Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik Telefon Bimbit Yang Sedang Dicaj Menggunakan Powerbank Didalam Bilik Tidurnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MENYEDIHKAN! Remaja Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik Telefon Bimbit Yang Sedang Dicaj Menggunakan Powerbank Didalam Bilik Tidurnya

mayat

BANDARAYA MELAKA – Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan powerbank di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim, 48, di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.

“Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga (earphone) yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.

“Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.

“Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa,” katanya hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber: sinarharian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8yvaz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.