Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mira Filzah Tolak Tawaran Kerana Ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mira Filzah Tolak Tawaran Kerana Ibu


TAHUN kedua bergelar pelakon, Mira Filzah memberitahu dia tidak mengambil sebarang tawaran drama atas permintaan ibunya yang mahu dia berbuka puasa bersama keluarga.

Image result for Mira Filzah

Pelakon Meh Sandar Pada Aku ini berkata, jadualnya hanya terlibat dengan program-program amal sepanjang Ramadan ini.

"Tahun lepas saya berpuasa sebulan di set penggambaran di Terengganu dan tidak sempat berbuka dengan keluarga, ia juga membuatkan ibu saya bising sikit.

"Jadi tahun ini, awal-awal lagi ibu sudah buat permintaan agar saya tidak ambil sebarang tawaran drama. Namun begitu, jadual saya sibuk dengan aktiviti amal yang dianjurkan pihak TV3," ujarnya.

Bagaimanapun, Mira berkata, dia hanya menyelesaikan baki penggambaran drama Jula Juli Bintang Cinta Raya pada minggu pertama Ramadan.

Dalam pada itu, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata, dia tidak berasa terkilan apabila terpaksa menolak tawaran drama sepanjang bulan ini.

"Minggu pertama sahaja saya perlu habiskan penggambaran drama, selepas itu saya berehat sahaja. Sepatutnya memang ada sebuah drama bersiri yang terpaksa saya tolak," ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman berpuasa, Mira berkata, dia mula belajar berpuasa penuh sejak di sekolah rendah.

Katanya, dia tiada sebarang pengalaman pahit sepanjang menjalani ibadah itu berikutan dia bukan seorang yang nakal ketika kecil.

"Cerita puasa saya boring kerana saya budak baik, tidak pernah pula curi-curi buka puasa atau ponteng, semua berjalan lancar," ujarnya.




✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8kWbb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.