Hi! Welcome Back and Stay Tune! Model pakai bikini atas pelampung protes jalan berlubang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Model pakai bikini atas pelampung protes jalan berlubang

PELBAGAI cara dilakukan oleh orang awam untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang.

Di Indonesia, penduduk menanam pokok pisang di lokasi jalan yang berlubang bagi ‘memerli’ pihak berkuasa tempatan manakala di Malaysia, wujud kumpulan sukarelawan yang mengeluarkan modal sendiri untuk membaiki jalan bermasalah.

Namun lain pula kisahnya di Rusia apabila seorang model mengadakan acara bergambar di lokasi jalan berlubang paling teruk di kawasan perumahannya dengan bergaya seksi memakai bikini sambil menaiki pelampung besar berbentuk angsa.

KEPRIHATINAN Anna mendapat pujian daripada ramai pihak. – ODDITY CENTRAL

Model fesyen itu, Anna Moskvicheva pada awalnya mahu bergambar di pekan Mirny, tempat tinggal makciknya, tetapi hujan lebat yang tiba-tiba turun menyebabkan lubang besar di tengah jalan di tempatnya dipenuhi air dan kelihatan seperti kolam.

Kemudian, Anna menukar perancangan untuk bergambar di tempat tinggalnya sendiri di jalan Tverskaya di Saratov.

Dia mengenakan pakaian renang berwarna merah dan menghasilkan gambar yang menarik.

Foto itu dikongsi beribu-ribu kali dan kebanyakan orang memuji tindakannya menunjukkan  bantahan atas ketidakprihatinan pihak berkuasa terhadap masalah jalan berlubang.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r10A5h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.