Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mohd Rafzan pilihan Anis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mohd Rafzan pilihan Anis

PELAKON dan pengacara, Anis Al-Idrus, 29, bakal menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihan, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, 35, Julai ini.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal berkata, dia dan Mohd Rafzan sudah mengikat pertunangan pada 24 Mac lalu.

“Majlis pertunangan kami dibuat secara sederhana dan dihadiri kaum keluarga.

“Apapun, saya bersyukur akhirnya ditemukan jodoh dengan lelaki pilihan yang menerima saya seadanya.

“Saya berharap apa yang kami rancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan ini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Istana Budaya, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perancangan majlis perkahwinannya, Anis berkata, majlis sidang media pengumuman itu akan dibuat pada 23 Mei ini di Bukit Julutong, Shah Alam.

Katanya, dia sedia berkongsi semua maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan nanti.

Apapun, Anis berkata, dia mula berkenalan dengan Mohd Rafzan, yang bekerja sendiri dan berasal dari Perlis pada Januari tahun ini.

The post Mohd Rafzan pilihan Anis appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZUZNU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.