Muhyiddin Didesak Letak Jawatan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.
Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.
Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.
Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.
“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.
“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4MGR8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment