Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegawai Polis Tembak Mati Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegawai Polis Tembak Mati Isteri

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor diburu kerana disyaki menembak mati seorang wanita dipercayai teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian.

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor diburu kerana disyaki menembak mati seorang wanita dipercayai teman wanitanya di Kampung Kakai, Serian.
Suspek yang bertugas di Balai Polis Belanga itu melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa menggunakan pistol dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
Difahamkan suspek meluru masuk ke rumah mangsa yang ketika itu berada di dalam biliknya dan melepaskan satu das tembakan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya memfokuskan siasatan dari aspek peribadi antara suspek dan mangsa.
"Mangsa merupakan seorang janda, dan kami menganggapnya sebagai teman wanita kepada suspek kerana dalam rekod polis suspek masih bujang.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan suspek telah mengahwini mangsa secara rahsia," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan usaha sedang digerakkan bagi mengesan suspek yang dikategorikan sebagai berbahaya kerana bersenjata api.

Malah, kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sarawak - Kalimantan Barat, Indonesia yang terletak berhampiran lokasi kejadian turur diperketatkan bagi mengelak suspek bolos ke negara jiran. - Astro AWANI


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6pxJC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.