Tarik guna jentolak
BUAYA jantan seberat hampir satu tan berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Suai, Niah dekat Miri, tengah hari semalam.
Buaya sepanjang enam meter itu berjaya ditangkap menggunakan umpan ayam pada 12 tengah hari.
Jurucakap SFC berkata, buaya berkenaan terpaksa ditarik menggunakan jentolak sebelum dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya.
Menurutnya, pemburuan dilakukan sejak 14 Mei lalu selepas pihaknya menerima aduan penduduk kampung berkaitan kehadiran buaya berkenaan di sungai itu.
Operasi turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZkmzr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment