Buaya sepanjang 5.2 meter ditangkap di Sungai Suai
KUCHING - Unit Swift Wildlife Action Team (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya menangkap dan memindahkan seekor buaya jantan sepanjang 5.2 meter dari perairan Sungai Suai, Niah, semalam.
SFC dalam kenyataan hari ini berkata unit SWAT berada di lokasi sejak 14 Mei lalu selepas menerima laporan daripada penduduk kampung mengenai seekor buaya yang sering kelihatan berlegar di sungai itu.
"Tiga mata kail beserta umpan dipasang untuk mengumpan dan menangkap haiwan itu, dan seekor buaya jantan akhirnya memakan salah satu umpan semalam, sebelum ia ditarik ke kawasan darat untuk diikat.
"Berikutan saiznya yang besar dan berat mampu mencecah sehingga 1 tan, sebuah jengkaut perlu digunakan untuk memindahkan buaya itu dari tebing sungai ke dalam lori sebelum dipindahkan ke Ladang Buaya Benaya," menurut kenyataan itu.
SFC mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang turut sama membantu dalam operasi pemindahan itu. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q99GsX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment