Toleransi elemen penting pelihara perpaduan kaum, kata Rohani
Beliau yang juga Anggota Parlimen kawasan Batang Lupar berkata inilah keunikan masyarakat di Sarawak yang walaupun berbilang kaum dan agama tetapi saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta dapat hidup aman harmoni.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar di Rumah Panjang Sungai Nyamok di sini, malam semalam.
Katanya, majlis pra Gawai itu diadakan bagi menghormati bulan Ramadan yang dijangka disambut oleh masyarakat Islam serentak dengan Pesta Gawai tidak lama lagi.Dalam ucapannya beliau turut berkongsi kisah anak perantau berketurunan Iban yang ditemui beliau baru-baru ini di Pesta Pra Gawai Masai, Johor.
Rohani berkata pemuda tersebut menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura sanggup bergadai nyawa demi sesuap nasi dalam menyara keluarga dengan menjadi seorang penyelam.
"Sememangnya kaum Iban sangat terkenal dengan semangat perwira dan keberanian serta kesungguhan dalam kehidupan....semangat seperti inilah yang perlu diterapkan di kalangan anak muda agar ke mana sahaja bumi dipijak, langit tetap dijunjung," katanya.
Pada majlis yang sama bantuan dan sumbangan turut diedarkan kepada 133 penerima di sekitar Sebuyau dan tujuh kerusi roda turut diedarkan kepada klien Jabatan Kebajikan Masyarakat yang layak.
- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYSzz3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment