Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahan inspektor depan pasar raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahan inspektor depan pasar raya

INSPEKTOR polis yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, ditahan polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang, malam ini.

Suspek berusia lewat 30-an itu ditahan kira-kira 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi memburunya.

Sumber berkata, polis turut merampas pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang hari ini, isterinya yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah, 33, mati ditembak suspek di rumah keluarga wanita itu di Kampung Kakai, Serian.

Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Proton Saga sejurus kejadian bersama pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZeAxw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.