Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR tidak akan serah kerusi menang kepada komponen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR tidak akan serah kerusi menang kepada komponen

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya kepada rakan pembangkang lain.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan ia merupakan amanat daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada parti itu untuk berunding mengenai pengagihan kerusi PRU akan datang.

Katanya, ia termasuklah kerusi-kerusi yang hampir menang atau kalah tipis, juga tidak akan diserahkan kepada sesiapa.

"Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.

"Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh bagi kepada sesiapa. Ini akan menjadi amanah kepada pimpinan bila masuk ke peringkat rundingan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-14 di sini hari ini.

Pada masa sama, Saifuddin turut mencadangkan supaya semua calon parti yang terpilih mewakili parti dalam PRU supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.

"Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun dari kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada. Saya bersedia.

"(Ia) supaya calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih dari warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEJZCx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.