Jangan Percaya Pada Enam Mitos Gula Ini
Minda ramai sering diracuni dengan mesej yang menyatakan gula adalah buruk sama sekali, sedangkan cara pemakanan itu yang perlu dipertimbangkan dari makanan itu sendiri.
Mitos 1: Gula adalah racun
Kebenaran: Semasa gula dipersalahkan dalam industri, profesor nutrisi Marion Nestle, PhD dari New York Marion University, baru-baru ini menulis dalam jurnal perubatan JAMA Medicine menyatakan bahawa “syarikat makanan sengaja memanipulasi penyelidikan untuk memihak kepada mereka,” dan masih memanggil ia sebagai gula toksik. “Saya suka manis dan jangan risau mengenai jumlah kandungannya yang seimbang,” katanya. The Food and Drug Administration (FDA) menjelaskan tidak melebihi 50 gram (12.5 sudu teh) gula ditambah bagi setiap hari atau secara kasar ke dalam satu botol minuman bergas.
Mitos 2: Gula boleh buat gemuk dan jatuh sakit
Kebenaran: Bukan gula yang buat orang gemuk dan sakit, tapi sebenarnya makanan bergula yang berkalori tinggi. Dan makanan berlebihan gula yang berkalori tinggi akhirnya mendorong kepada penambahan berat badan dan masalah kesihatan. Ia tak membantu gula dicerna dengan cepat dan mudah. Tapi gula bukan penyebab kamu rasa ingin makan benda manis, ia masih lagi boleh dikawal.
Mitos 3: Pemanis semula jadi lebih menyihatkan berbanding gula biasa
Kebenaran: Tidak sama sekali. Semua gula – termasuk agave, madu dan maple syrup – melakukan perkara yang sama kepada badan sebagai gula putih atau sirap jagung fruktosa tinggi, menurut Nestle. “Agave mungkin dikecualikan kerana fruktosanya amat tinggi – enak dimakan dalam jumlah yang kecil,” katanya. Penyelidikan terkini telah mengaitkan fruktosa (gula yang terdapat dalam buah-buahan) dengan perubahan hormon yang menyebabkan kamu makan terlalu banyak, sekali gus membuatkan berat badan kamu naik dan mengakibatkan masalah kesihatan.
Mitos 4: Gula tambahan hanya memberi masalah kepada mereka yang minum minuman bergas bergelen-gelen
Kebenaran: Soda adalah salah satu sumber utama gula dalam diet di Amerika Syarikat, dan minum hanya satu botol 16-auns minuman bergas akan membuatkan jumlah harian kamu berlebihan untuk gula tambahan. Tapi terdapat banyak penyumbang lain yang tak datang dalam tin; sebagai contoh cocktails. Pencuci mulut adalah satu masalah besar lain, tapi sama juga dengan pastri sarapan, bar granola, yogurt, perasa juga makanan yang kedengaran seperti sihat tapi dalam diam mempunyai banyak gula.
Mitos 5: Gula = Teruk. Bebas-gula = Bagus.
Kebenaran: “Saya tak akan mengatakan gula itu ‘teruk’. Ia sangat enak dan apa yang otak perlukan,” kata Nestle. Makanan bebas gula: Mereka menawarkan rasa manis dengan sifar kalori pemanis tiruan bertujuan untuk mengurangkan kalori makanan itu. Masalahnya, orang-orang tertarik kepada pemasaran seperti ‘bebas gula’ kerana ingin cuba menurunkan berat badan. Tapi lebih rendah kalori, makanan manis sebenarnya bukan untuk menyokong penurunan berat badan, menurut Nestle, yang – dengan pakar kesihatan yang lain – masih cuba mencari jawapan sebenar. “Saya lebih suka gula dari pemanis tiruan kerana kita tahu apa yang berlaku kepada gula dalam badan dan apa yang berlaku dengan pemanis tiruan adalah kurang jelas,” katanya.
Mitos 6: Jus Buah-buahan tak dikira sebagai minuman bergula
Kebenaran: Nestle berkata, “Gula adalah gula, dan glukosa dan fruktosa diproses oleh laluan metabolik yang sama tak kira dari mana mereka datang. Jus buah-buahan mempunyai banyak gula, itulah sebabnya mereka boleh diambil dalam jumlah yang kecil, tapi gula disertai dengan vitamin, mineral, dan beberapa fiber. “Kerana kamu mahu sesuatu sebagai pencuci mulut, buah-buahan lebih memuaskan, mengenyangkan, dan, basically, pilihan yang lebih baik daripada apa-apa makanan manis lain.”
Sumber : eh.com.my
via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pZcq0P
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment