Netizen Terkejut Mat Over Jadi Tetamu Khas Hari Belia Negara
Netizen di laman sosial kembali menjadi hangat disebabkan sekali lagi oleh Mat Over. Ramai netizen tidak berpuas hati apabila satu sepanduk yang dinaikkan sempena acara Hari Belia di Hulu Terengganu yang mempamerkan pelawak itu sebagai tetamu undangan khas.
"Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri," tulis Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.
Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis: "Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari Belia di Terengganu.
"Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik daripada dia."
"Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap belia? Dia sudah berusia 60 tahun!" kata Aiediel Jamal di Facebook.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengesahkan bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program "Santai Bersama Mat Over" dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.
"Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput menghadiri pelbagai acara," kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu. "Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar."
Mat Over atau nama asalnya Sulaiman Yassin merupakan seorang pelawak dan dilaporkan telah menampar David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya awal minggu ini.
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pYYRyp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment