DJ Dave Sedang Berusaha Jejak To'ki
Peminat yang menggelarkan dirinya Engku Lokman bergambar bersama To'ki.(Foto Facebook)
|
PRESIDEN Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave sedang menjejaki penyanyi era 90-an, To'ki selepas kisah kesusahannya menjadi viral di laman Facebook sejak dua hari lalu.
DJ Dave berkata pihaknya sedang berusaha untuk berhubung dengan To'ki atau Mohd Zaki Mansur bagi membolehkan mereka mengetahui masalah sebenar penyanyi itu dan sekaligus menghulurkan bantuan.
"Ya, baru pagi tadi saya menyuruh pihak saya menjejaki To'ki dan pihak Yayasan Artis 1 Malaysia bersedia membantu beliau secepat mungkin," ujarnya.
DJ Dave berkata demikian ketika ditemui pada Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan yang diadakan di sini, Ahad. Kisah kesusahan To'ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat bertemu penyanyi lagu 'Hampa' itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak yang tidak dinyakatakan lokasinya.
Lelaki itu turut memberitahu dia terkesan melihat keadaan To'Ki tambahan pula Ramadan semakin hampir dan Syawal yang bakal menjelang.
Malah dia berharap ada pihak termasuk persatuan hiburan tampil membantunya seperti mana dilakukan terhadap penyanyi era 80-an, Ben Nathan.
Kisah To'ki yang viral di Facebook mendapat perhatian peminat dan sehingga kini entri tersebut telah dikongsi sebanyak 4,400 kali.
To'ki sebelum ini turut pernah berduet bersama penyanyi Rohana Jalil menerusi lagu Naluri Cinta di mana lagu tersebut pernah dicalonkan di dalam kategori balada Anugerah Juara Lagu kesembilan. -mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q6yv9X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment