Hi! Welcome Back and Stay Tune! Novel Promise Karya Ateen Khalid / Novel Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu Karya Mimie Ismail - Novel Terbaru 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Novel Promise Karya Ateen Khalid / Novel Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu Karya Mimie Ismail - Novel Terbaru 2017

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Promise Karya Ateen Khalid / Novel Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu Karya Mimie Ismail - Novel Terbaru 2017 : Menghiasai slot ruangan novel terbaru 2017, cik akak berkongsi dua novel terbaru yang diterbitkan oleh pihak kaki novel. Dua novel ini, korang boleh beli kombo untuk sesi Jun 2017. Harga yang ditawarkan hanya RM31 semenanjung dan RM37 untuk Sabah Sarawak. Kos penghantaran bagi setiap pembelian di kaki novel memang percuma seluruh Malaysia. Berbaloi berbeli novel online tanpa terselit kos penghantaran. Cik akak dah berapa lagi shopping novel online di kaki novel. Alhamdulillah memang terbaik. Novel yang sampai dalam keadaan selamat tanpa cacat cela sedikit pun. Dapatkan koleksi Novel Promise dan Novel Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu (Kombo Jun) 2017 di laman http://ift.tt/2r7RSAR.

Novel Promise 


Sinopsis:-
Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori. Dia bertemu dengan lelaki itu lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar!
Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi. Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Manakala si adik… Siddiq Wildan, bikin menyampah saja!
Hati Hanina kemudiannya huru-hara setelah bertemu dengan si kembar tersebut. Si abang yang melayannya dengan baik, manakala si adik yang sering memunculkan diri di tempat kerja Hanina dan sering menyakiti hatinya.
Kerana satu kejadian, perasaan Hanina mula berantakan. Ada rahsia yang dipegang oleh Wafiy selama ini. Ada rahsia yang Siddiq perlu lindungi. Ada janji yang perlu ditunaikan.
“Tak perlu berjanji… sebab kalau awak tak tunaikan, itu menyakitkan. Tau tak?”
“Saya akan buktikan pada awak.”

Novel Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu


Sinopsis:-
Rian, novelis glamor dan terkenal memandang harta kekayaan sebagai tiket untuk mencapai kebahagiaan hidup. Perkenalannya dengan Adil, tukang sapu yang juga pekerja sambilan di rumah anak yatim membawa makna baru dalam hidupnya. Adil yang celopar, Adil yang menyakitkan hati, Adil yang sentiasa ada ketika dia memerlukan. Rian selesa berkawan dengan Adil. Adil merahsiakan identiti sebenarnya kerana dia ingin melihat sejauh mana Rian memandang rendah padanya. Dalam diam, dia jatuh suka pada Rian walaupun Rian bongkak dan sombong. Namun, cintanya itu dipendamkan saja kerana Rian berpasangan dengan Hazryq yang serba sempurna itu.
Dalam kecelaruan hati dan perasaan Rian terhadap Hazryq dan Adil… tiba-tiba rahsia Adil terbongkar menyebabkan Rian tidak sanggup berdepan dengan Adil. Dan kekasih lama Adil muncul semula menagih cinta Adil. Dapatkah Adil dan Rian mencapai kebahagiaan hidup masing-masing?
“Dalam pencarianku demi sebuah cinta, seruan alam terarah kepadamu….”
Untuk mengetahui kisah selanjutnya,  dapatkan CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU segera ya!



✍ Sumber Pautan : ☕ Dunia Cik Akak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qnzYwL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.