Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Orang Ketiga Punca Kami Putus Cinta” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Orang Ketiga Punca Kami Putus Cinta”

Tidak pernah mengakui status dirinya kekasih kepada seorang ahli perniagaan, bagaimanapun terbaru, Elizabeth Tan memberitahu hubungan cintanya bersama kekasih sudah putus selepas empat bulan bercinta. Malah dedahnya lagi, hubunga mereka putus akibat hadirnya orang ketiga.

BACA: Elizabeth Tan Akui Rapat Dengan Ahli Perniagaan

“Saya sebak apabila bercerita mengenai isu ini kerana saya meminggirkan keluarga demi cinta, namun apa yang berlaku membuka mata saya. Syukur kerana keluarga menerima saya. Tempoh percintaan sepanjang empat bulan itu cukup mematangkan diri saya selepas kerap berdepan pelbagai cabaran”

“Saya tidak nafikan dia curang. Saya enggan dikaitkan lagi dengan dirinya atau mana-mana pihak. Buat masa ini, saya lebih selesa untuk memberi fokus pada kerjaya,” katanya kepada Berita Harian Online.

Mnakala pada minggu lalu pula kecoh apabila program Melodi menyiarkan gosip panas mengenai seorang selebriti wanita yang didakwa merupakan punca perpisahan hubungan cinta diantara Lizzy dan kekasihnya itu. Bagaimanapun, Lizzy tidak mendedahkan identiti wanita terbabit.

Terdahulu, Lizzy pernah menafikan gosip yang bertebaran mengatakan dirinya dan ahli perniagaan yang juga berbangsa Melayu itu bakal mendirikan rumah tangga. Namun pada ketika itu, tidak pula Lizzy mengakui jejaka terbabit kekasihnya, tiba-tiba sahaja sudah putus pula. (rtky/w)



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qchtLN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.