Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekebun dibunuh dipercayai angkara cemburu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekebun dibunuh dipercayai angkara cemburu

TAIPING: Angkara cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh dengan kejam di Pengkalan Sungai Kerang, Padang Gajah di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata mangsa Wong Chee Kheong, 43, dijumpai dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam pada jam 9.35 malam.

Katanya, mayat mangsa yang juga seorang pekebun itu mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala, pipi dan lengan dipercayai disebabkan senjata tajam.

“Dipercayai punca serangan yang menyebabkan kematian mangsa ialah kerana suspek cemburu atau marah dengan mangsa yang disyaki mempunyai hubungan intim dengan isterinya.

“Tempat mangsa dijumpai lebih kurang 30 meter dari rumah suspek dalam kampung yang sama dan disyaki serangan bermula dari belakang rumah suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, susulan itu, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek berusia 34 tahun yang menghilangkan diri bersama isterinya warga Thailand.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qo5ef6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.