Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekebun Dibunuh Kerana Cemburu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekebun Dibunuh Kerana Cemburu


TAIPING: Seorang pekebun ditemui mati, dipercayai dibunuh di tepi Jalan Pengkalan Singai Kerang, Padang Gajah, di sini malam tadi, dipercayai ada kaitan dengan kes cemburu.

Mangsa, Wong Chee Kheong, 43, yang masih bujang ditemui dengan kesan luka di bahagian kepala, pipi dan lengan, tidak jauh dari rumah suspek di Sungai Kerang oleh orang ramai kira-kira jam 9.35 malam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa diserang dari kawasan belakang rumah suspek sehingga ke lokasi mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari rumah berkenaan.

"Siasatan awal juga mendpaati mangsa diserang disebabkan suspek berusia 34 tahun marah dan cemburu kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan intim dengan isterinya," katanya di sini hari ini.

Harrith Kam berkata, suspek yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan isterinya warga Thailand, menghilangkan diri selepas kejadian itu dan usaha sedang dilakukan bagi mengesan mereka. B

eliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qorB3W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.