Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembaziran Makanan: Wujudkan Pendekatan Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembaziran Makanan: Wujudkan Pendekatan Baharu

KUCHING – Satu pendekatan baharu perlu segera diwujudkan bagi mengelak pembaziran makanan khususnya pada bulan Ramadan daripada terus berlaku, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembaziran berlaku pada bulan puasa antara lain disebabkan kira-kira 50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang begitu sahaja biarpun pelanggan membayar dengan harga tinggi.

“Perlu buat satu pendekatan baharu dan satu peraturan untuk mengurangkan pembaziran ini. Sebagai contoh sepatutnya dibolehkan hotel memberi lebihan makanan hidangan bufet yang tidak kotor (tidak tercemar) kepada orang lain supaya tidak dibuang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye supaya kerajaan menganjurkan program kesedaran membendung pembaziran makanan.

Semalam Lee berkata kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

Terdahulu Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong menyampaikan sumbangan kebajikan bulan Ramadan kepada 810 penerima terdiri daripada warga emas, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) bagi Zon Seberang Hilir dan Zon Santubong. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvQiXs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.