Proton di tangan China, ramai yang salah faham.. ini penjelasannya!
PROTON DI TANGAN CHINA?
Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk “China’s Geely to Acquire Proton”, “Proton di tangan China” dan letak gambar PM di sebelah, maka reaksi orang kita akan jadi “Woi! Semua nak jual dekat China, lepas ni nak jual apa lagi???!!!”
Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima.
Ada beza antara “merger”, “acquisition”, “strategic alliance” dan “joint venture”.
“Merger” itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh “merger” adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika).
“Acquisition” ialah pembelian sebuah syarikat oleh syarikat yang lain, contohnya seperti pembelian Lotus (UK) oleh Proton (Malaysia). “Acquisition” berlaku apabila syarikat pembeli mempunyai “controlling stake” atau majoriti saham. Semasa Proton membeli Lotus pada tahun 1996, Proton mempunyai 80% pegangan saham.
“Strategic alliance” (rakan kongsi) merujuk kepada kerjasama antara dua syarikat, contohnya seperti kerjasama Nissan (Jepun) dan Renault (Perancis) di mana Renault mempunyai 44% pegangan saham dalam Nissan.
“Joint venture” (JV) pula merujuk kepada projek/entiti berasingan yang diusahasama oleh dua syarikat yang mempunyai hubungan rakan kongsi, misalnya Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwujudkan secara bersama oleh Daihatsu (Jepun) dan Perodua (Malaysia). Selalunya saham JV dibahagikan 50:50.
Geely hanya “acquire stake” dalam Proton, bukan “acquire” Proton. Dua istilah yang berbeza membawa konotasi yang cukup berbeza. Proton tidak dimiliki Geely. Menurut perjanjian, hubungan Proton dan Geely adalah rakan kongsi untuk mewujudkan JV. Proton masih pemegang saham majoriti (50.1%) yang berkuasa dalam pengurusan. Macam mana pula boleh kata Proton di tangan Geely?
Kalau nak meroyan pun, meroyanlah dekat orang yang betul. Kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) sudah lama “divest” dari Proton. Proton sekarang dimiliki oleh DRB-HICOM yang dimiliki oleh Etika Strategi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pergilah mengadu.
Bukan tak boleh soal, tapi nak menyoal pun kena bijak, misalnya tanyalah apakah impak perjanjian ke atas industri rantaian tempatan seperti alat ganti. Bukan main sebut “jual” “jual” “jual” sahaja.
Sedangkan media memainkan isu jual beli, perjanjian tersebut menyasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang tahun 2020, peluang bagi Proton untuk “rebadge” kereta Volvo dan peluang Proton untuk menembusi pasaran China. Itu semua bakal menaikkan semula jenama Proton.
Kalau nak kaitkan dengan keselamatan negara, Geely ini tiada kena mengena dengan kerajaan China. Geely adalah antara syarikat yang jarang (“rare”) di mana kerajaan China tidak mempunyai pegangan saham dalamnya. Waktu tahun 2004, GIC (tabung pelaburan kerajaan Singapura) membeli saham Proton, itu baru merisaukan. Tak dengar pula royanan masa itu. Sebab waktu itu belum ada Facebook.
Proton sendiri merupakan hasil hubungan rakan kongsi antara Proton dan Mitsubishi Motors (30% pegangan saham pada tahun 1983). Tak dengar pula orang kata jual negara ke Jepun. Sebab waktu itu media dikawal rapi, kita hanya cakap yang baik-baik sahaja tentang Jepun, bersama-sama pandang ke Timur, walaupun di Amerika pun orang sudah risau tentang kuasa ekonomi Jepun.
Bukan tak boleh jadi nasionalis atau proteksionis, boleh. Jangan risau, Proton masih jenama negara dan masih dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan bakal dihidupkan kembali sebagai jenama yang disegani.
(ok lah, saya kesian kalian tak ada point nak attack deal ini lagi. How about this: Pengerusi Geely bernama Li Shufu, Li adalah salah satu dari 13 bloodline Illuminati. Nampak?)
Sumber: Ayman Rashdan Wong
Sumber Proton di tangan China, ramai yang salah faham.. ini penjelasannya!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJQI1a
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment