Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekod 110 Meter Berpagar Dilebur Jaguh Anak Sabah, Tahniah!- Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekod 110 Meter Berpagar Dilebur Jaguh Anak Sabah, Tahniah!- Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman, semalam.

"Sudah 23 tahun rekod 110m lari berpagar dipegang Nur Herman Majid, kini dilebur jaguh anak Sabah, Rayzam Shah. Tahniah! #kebanggaanku #Negaraku, " kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya, hari ini.

Rayzam Shah, 29, dari Sabah mencatat 13.67 saat yang dilakukan dengan bantuan angin berkelajuan 1.7 meter sesaat, yang masih di bawah 2 meter sesaat yang dibenarkan, dalam acara akhir 110m berpagar.

Beliau berjaya memecahkan rekod yang sudah begitu lama dipegang Nur Herman sejak Sukan Asia Hiroshima, Jepun pada 1994.

Pencapaian Rayzam Shah merupakan suntikan terbaik bagi skuad olahraga negara menjelang Sukan SEA Ogos ini. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKVQlG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.