Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Mati Terkena Renjatan Powerbank - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Mati Terkena Renjatan Powerbank

27 MEI - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui mati di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka pagi semalam dengan fon telinga ketika telefon bimbitnya dicaj menggunakan powerbank.

Ibunya mendapati dia sudah tidak bernyawa di dalam bilik tidurnya pada waktu pagi, New Straits Times melaporkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Kamaluddin Kassim berkata, kejadian disedari apabila mangsa tidak membuka pintu apabila diketuk banyak kali ketika ibunya mahu mengejutkannya pada jam 7 pagi.

Selepas tidak mendapat sebarang respon daripada anaknya, ibunya menggunakan kunci ganti untuk membuka kunci pintu bilik tidur anaknya. Dia mendapati anaknya terbaring kaku di atas katil.

Mangsa telah mengenakan kedua-dua fon telinga yang disambungkan ke telefon mudah alih yang dicaj menggunakan powerbank," kata Kamaluddin.

Mangsa dikenali sebagai Syamirul Armizie Adenan dan tidak bekerja.

Kamaluddin berkata terdapat tanda melecet pada bahu kiri mangsa di mana powerbank itu diletakkan. Tidak diketahui secara jelas sama ada powerbank meletup atau tidak.

Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZT2zO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.